Assalamualaikum, and peace be upon you !!!!
today I want to share2 a vanilla cupcake's recipes :)
Resipi ciptaan khas saya :) (berdasarkan beberapa sumber,kmudian diolah sendiri :))
Selamat Mencuba ^_^
Rahsia untuk mendapatkan kek yg paling sedap & sempurna ialah ukuran bahan2,ok? Selain daripada tu, bak kata2 masterchef "cook,with your heart" acecehhh ^__^
Bahan-bahan (khas untuk 35 biji cupcakes ok?)
![]() |
Gini lah rupenyer bila dah masak :) |
- 150 g mentega
- 185 g tepung naik sendiri
- 150 gram gula kastor
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 3 biji telur
- 1 sudu teh vanilla
Bahan-bahan untuk foundant ( Ini khas utk 1 biji kek,bkn cupcakes ye ) kalau nak buat fondant sedikit saja,pandai2 la buang sikit2 all measurement di bawah nieh :D
Ini bkn tanah liat,tp inilah foundant yg dah jadi :) - 63 ml air
- 1 sudu besar gelatin halal (jenama Halalgel pun ada,gerenti HALAL)
- 125 ml sirap glucose
- 1 1/2 sudu besar gliserin
- 2 sudu besar lemak sayur (shortening)
- 1 kg gula aising (Ayaq dulu naa :D )
- Pewarna pilihan anda :)
Cara-cara
- Pukul butter dan gula hingga kembang (kembang=jadi warna putih)
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla,pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Kemudian adunkan sekali bsama bahan yg sudah dipukul td (guna mixer la)
- Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
- Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C. klau masih tak masak,tmbah la beberapa minit lg.
- Utk ising fondant pula,kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak
- Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.
- Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.
- Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.
- Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.
- Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)
- Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.
- Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.
- Akhir sekali proses membentuk doh. Harap semua faham bagaimana utk menghasilkan fondant icing.
kalau ada masalah, anda boleh tanya di bhagian komen @ c.box kaler pink tuhh :)
terima kasih kerana menyinggah :D..
Assalamualaikum & bye2